Home
» kerja kosong lepasan spm
» Permohonan masuk ke USM ditutup 7 April
» Permohonan masuk ke USM ditutup 7 April
Saturday, April 5, 2014
Permohonan masuk ke USM ditutup 7 April
GEORGETOWN - Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan ditutup pada 7 April.
USM dalam kenyataan hari ini berkata calon STPM yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm.my boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperoleh keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis).
Sistem akan dibuka semula pada 2-6 Mei bagi fasa kedua untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan, katanya di sini.
Calon matrikulasi yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm boleh melakukan pengubahsuaian dan mengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah mendapat keputusan peperiksaan semester kedua.
USM berkata, sistem akan dibuka semula pada 3-9 Jun untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan.
USM berkata hanya calon yang telah membuat permohonan semasa fasa pertama layak membuat pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian.
Universiti itu menjangka mengambil seramai 3,800 pelajar ijazah pertama sepenuh masa melalui saluran perdana, 2,300 orang melalui pengajian ijazah pertama secara jarak jauh dan 250 orang untuk mengikuti pengajian melalui saluran khas.
Sehingga kini, hampir 19,000 permohonan diterima untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama di USM, yang menawarkan 71 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. - Bernama


0 comments:
Post a Comment