Penutupan tidak dilanjut berikutan kualiti udara makin pulih
Kuala Lumpur: Semua 203 sekolah yang ditutup sejak Jumaat lalu, dibuka semula mulai Isnin ini berikutan kualiti udara yang semakin pulih dan berada di paras selamat.
Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor (JPS), Datuk Mahmud Karim, berkata pihaknya tidak akan melanjutkan lagi arahan penutupan sekolah terbabit ekoran kualiti udara semakin pulih dan selamat untuk menjalankan aktiviti luar rumah.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu bapa membawa anak menjalani rawatan perubatan segera jika ada simptom seperti sesak nafas.
Boleh mohon cuti
“Ibu bapa boleh memohon cuti daripada pihak sekolah jika kesihatan anak mereka mudah terjejas dengan jerebu sederhana. Bagaimanapun sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa,” katanya sambil menambah arahan penutupan akan dikeluarkan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali mencatatkan paras bahaya.
“Difahamkan setakat ini, tiada pelajar yang sakit, namun kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk merawat mereka di sana sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
“Selain memberi kemudahan ubat-ubatan, kami juga membantu menyelaraskan kebajikan, pergerakan dan perpindahan mereka dengan nasihat daripada Konsul Besar Malaysia di Medan dan Kementerian Pendidikan yang sudah berada di sana,” katanya.

0 comments:
Post a Comment