Mengikut Jadual terkini yang dikeluarkan oleh SPA Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 bakal diadakan pada 5 Ogos 2014 ini. Memang ramai calon yang dipanggil menghadiri Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini. Sedikit info berkenaan pengambilan calon yang memohon bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini.
Syarat Lantikan:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
- lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
Deskripsi Tugas :
- Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
- Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
- Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
- Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
- Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
- Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
Format peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27
Jika anda adalah calon peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27, format peperiksaan adalah seperti berikut;
Seksyen A : Pengetahuan AM
Seksyen B : Daya Penyelesaian Malasah
Seksyen C : Ujian Personaliti
Jika anda berminat untuk mendapatkan Contoh Soalan PERCUMA peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27, anda boleh berikan email anda di bawah, dan saya akan berikan melalui email.
Jika tiada sebarang respon boleh minta kepada saya melalui email ohkerjakosong4u@gmail.com
Atau anda boleh dapatkan contoh soalan peperiksaan sebenar di --> Contoh Soalan Sebenar Penolong Penguasa Kastam W27


0 comments:
Post a Comment