Pages

Sunday, August 24, 2014

Tips Percuma Penguasa Kastam W41

 
Jika anda terpilih untuk mengikuti peperiksaan SPA Penguasa Kastam W41 pada 6 September ini, tahniah diucapkan. Pastinya tidak mudah untuk mendapat panggilan untuk mengikuti peperiksaan SPA. Teruskan usaha sehingga dapat jawatan yang diidamkan. Macam mana nak tahu anda adalah calon Penguasa Kastam W41 ini?
Jika anda mendapat email seperti di bawah, tahniah diucapkan
 
Sedikit sebanyak berkenaan dengan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Jika anda adalah calon Peperiksaan Penguasa Kastam W41, pertama sekali, anda harus tahu bidang tugas Penguasa Kastam yang telah digariskan.
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
Syarat Lantikan Penguasa Kastam W41 Bagi syarat lantikan Penguasa Kastam W41, adalah seperti berikut;
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Bagi Format Peperiksaan Online SPA Penguasa Kastam W41, terbahagi kepada 3 bahagian,
 
Bahagian A ; Pengetahuan AM

Bahagian B ; Penyelesaian Malasah  

Bahagian C ; Ujian Psikometri
 
Itulah serba sedikit berkenaan dengan Peperiksaan Online SPA Penguasa Kastam, untuk pengetahuan, ebook khas bagi menjawab Peperiksaan Penguasa Kastam W41 akan diberitahu apabila jualan dibuka.
 
[Link Jualan akan diBerikan Hanya Apabila Jualan dibuka. Tunggu Makluman dari Kami]
 
Sementara itu, jika anda berminat dengan contoh soalan Penguasa Kastam secara PERCUMA, bolehlah berikan email anda Untuk download PERCUMA Contoh Soalan Penguasa Kastam (Saya hanya berikan kepada yang benar-benar serious! Pastikan email yang betul digunakan dan sentiasa check email dari semasa ke semasa untuk info lanjut)
 
E-mail address (Sila Sahkan Email anda!)
**Jika tidak dapat contoh soalan, boleh minta kepada saya secara personal di ohkerjakosong4u@gmail.com  

Kepada calon W41 Penguasa Kastam, semoga berjaya

0 comments:

Post a Comment