Jika anda adalah calon untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dan anda tidak tahu cara untuk mengulangkaji soalan-soalan yang bakal ditanya ketika exam online 1 November 2014 ini?
Jika anda tidak tahu, terutama format peperiksaan SPA kali ini adalah dalam bentuk peperiksaan online, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak SPA agar peperiksaan online ini dapat berjalan secara mudah dan berkesan.
Peperiksaan tersebut mengandungi 3 format yang utama untuk diikuti, dan setiap format mempunyai masa untuk menjawab, pastikan calon bersedia dengan format soalan, atau boleh dapatkan Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 di akhir artikel ini.
Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Anda akan mendapat email yang mengandungi maklumat peperiksaan yang bakal anda hadapi. Jika anda memperolehi email seperti di atas, tahniah kerana anda adalah salah seorang calon untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
Bidang Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Jika anda sukakan cabaran dan ingin mendapat status elit dalam pekhidmatan awam, bolehlah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini.
Semestinya, Pegawai PTD M41 ini memerlukan seorang yang berketerampilan, mampu berhujah dengan baik, dan macam-macam lagi untuk digunakan dalam kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 juga merupakan seorang yang perlu untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Saya pasti orang seperti anda pastinya sanggup untuk memikul beban tanggungjawab sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 demi untuk berkhidmat untuk negara tercinta.
Syarat Lantikan untuk jawatan Pegawai PTD M41 adalah seperti berikut;
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
- Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
- lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
- memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Tidak menjadi isu jika anda telah layak menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini. Apa yang penting, fokus pada apa yang bakal anda hadapi 1 November 2014 ini.
Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 terbahagi kepada 3 bahagian, sama seperti screenshot di atas;
1) Bahagian A (Pengetahuan Am)
2) Bahagian B (Penyelesaian masalah)
3) Bahagian C (Ujian Psikometri)
Saya tidak akan bercerita banyak berkenaan dengan contoh soalan di sini, kerana saya bakal berikan contoh soalan bersama tips-tips penting kepada anda secara PERCUMA hanya dengan memberikan email anda di ruangan bawah. Selepas anda sahkan email anda, saya akan berikan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 secara percuma
Jika anda tidak mendapat sebarang email,
bolehlah maklumkan kepada saya di ohkerjakosong4u@gmail.com Apapun, semoga anda berjaya dalam exam PTD M41 ini nanti.




0 comments:
Post a Comment