Pages

Sunday, October 19, 2014

Download Percuma Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Jika anda adalah calon untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dan anda tidak tahu cara untuk mengulangkaji soalan-soalan yang bakal ditanya ketika exam online 1 November 2014 ini?

Jika anda tidak tahu, terutama format peperiksaan SPA kali ini adalah dalam bentuk peperiksaan online, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak SPA agar peperiksaan online ini dapat berjalan secara mudah dan berkesan.

Peperiksaan tersebut mengandungi 3 format yang utama untuk diikuti, dan setiap format mempunyai masa untuk menjawab, pastikan calon bersedia dengan format soalan, atau boleh dapatkan Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 di akhir artikel ini.

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Anda akan mendapat email yang mengandungi maklumat peperiksaan yang bakal anda hadapi. Jika anda memperolehi email seperti di atas, tahniah kerana anda adalah salah seorang calon untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Bidang Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Jika anda sukakan cabaran dan ingin mendapat status elit dalam pekhidmatan awam, bolehlah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini.

Semestinya, Pegawai PTD M41 ini memerlukan seorang yang berketerampilan, mampu berhujah dengan baik, dan macam-macam lagi untuk digunakan dalam kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 juga merupakan seorang yang perlu untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. 

Saya pasti orang seperti anda pastinya sanggup untuk memikul beban tanggungjawab sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 demi untuk berkhidmat untuk negara tercinta.


Syarat Lantikan untuk jawatan Pegawai PTD M41 adalah seperti berikut;
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau 
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau 
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan 
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan 
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan 
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
  • Tidak menjadi isu jika anda telah layak menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini. Apa yang penting, fokus pada apa yang bakal anda hadapi 1 November 2014 ini. 

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 terbahagi kepada 3 bahagian, sama seperti screenshot di atas;

1) Bahagian A (Pengetahuan Am)

2) Bahagian B (Penyelesaian masalah)

3) Bahagian C (Ujian Psikometri)

Saya tidak akan bercerita banyak berkenaan dengan contoh soalan di sini, kerana saya bakal berikan contoh soalan bersama tips-tips penting kepada anda secara PERCUMA hanya dengan memberikan email anda di ruangan bawah. Selepas anda sahkan email anda, saya akan berikan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 secara percuma

E-mail address (Sila Sahkan Email Anda!)



Jika anda tidak mendapat sebarang email,

bolehlah maklumkan kepada saya di ohkerjakosong4u@gmail.com Apapun, semoga anda berjaya dalam exam PTD M41 ini nanti.

Sunday, August 24, 2014

Tips Percuma Penguasa Kastam W41

 
Jika anda terpilih untuk mengikuti peperiksaan SPA Penguasa Kastam W41 pada 6 September ini, tahniah diucapkan. Pastinya tidak mudah untuk mendapat panggilan untuk mengikuti peperiksaan SPA. Teruskan usaha sehingga dapat jawatan yang diidamkan. Macam mana nak tahu anda adalah calon Penguasa Kastam W41 ini?

Wednesday, July 23, 2014

Download Panduan PERCUMA Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Mengikut Jadual terkini yang dikeluarkan oleh SPA Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 bakal diadakan pada 5 Ogos 2014 ini. Memang ramai calon yang dipanggil menghadiri Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini. Sedikit info berkenaan pengambilan calon yang memohon bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini.


Syarat Lantikan:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] 
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] 
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ] 
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Monday, July 7, 2014

Jumlah Dan Tarikh Bayar Dividen Peneroka FELDA 2014

Bonus Peneroka FELDA 2014

Jumlah Dan Tarikh Bayar Dividen Peneroka FELDA 2014Berita baik untuk peneroka FELDA apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembayaran dividen akhir FELDA Global Venture Holding Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta.

Sehubungan itu Perdana Menteri, berkata semua peneroka FELDA seramai 112,635 orang di seluruh negara akan menerima imbuhan sebanyak RM647.78 seorang. 


Beliau berkata, pembayaran dividen akhir ini yang membabitkan jumlah 10 sen sesaham dijangka mula dibayar pada 11 Julai 2014 ini menerusi Tabung Amanah Peneroka. 

Beliau mengumumkan apa yang disifatkan durian runtuh itu kepada peneroka untuk menyambut Aidilfitri ketika berucap pada majlis berbuka puasa sempena Ihya RaPmat Ramadan Warga FELDA peringkat Kebangsaan 2014 di Pejabat FELDA Terengganu di sini, petang ini.

Perdana Menteri juga turut menyampaikan duit raya kepada peneroka berjumlah RM30.5 juta bagi meringankan beban kewangan peneroka dan keluarga mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri akhir bulan ini.

Najib juga turut menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan FELDA, berjumlah RM22.02 juta.

Najib berkata, zakat itu dibayar kepada 14 Pusat Zakat negeri - BH online

Monday, April 28, 2014

Rayuan BR1M dilajutkan sehingga 1 Mei 2014

SHAH ALAM - Permohonan rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilanjutkan sehingga 31 Mei ini bagi memberi lebih peluang kepada mana-mana individu yang layak mengemukakan rayuan masing-masing.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehingga 20 April lepas, kerajaan menerima sebanyak 246,911 rayuan BR1M daripada mereka yang tidak terpilih sebagai penerima.
"Sebelum ini, kementerian ada menghantar surat kepada pemohon yang gagal mendapatkan BR1M dengan menyatakan sebab mengapa permohonan mereka ditolak.
"Jadi bagi rayuan ini, mereka perlu sertakan dokumen sokongan mengikut sebab penolakan tersebut bersama-sama borang rayuan BR1M sebagai bukti yang mereka sebenarnya layak terima bantuan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memuat turun borang rayuan di laman web LHDN dan setiap rayuan mesti disertakan dokumen sokongan untuk pertimbangan.
Ahmad berkata, bagi tempoh sehingga 20 April lepas, peruntukan sebanyak RM2.47 bilion diagihkan kepada 3,805,643 penerima BR1M berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah manakala perbelanjaan sebanyak RM633.8 juta pula digunakan untuk bayaran kepada 2,112,906 individu bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.
Katanya, bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 pula, kerajaan membelanjakan sebanyak RM157 juta untuk diagihkan kepada 349,226 penerima layak.
"Sehingga kini, kerajaan mengagihkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada 6.5 juta penerima BR1M seluruh negara, jadi mana-mana individu yang merasakan mereka layak mendapatkan bantuan itu, segera kemukakan rayuan sebelum 31 Mei ini," katanya.
Beliau berkata, pembayaran BR1M bagi permohonan rayuan hanya akan dilakukan selepas tarikh tutup rayuan itu. - Bernama

Thursday, April 24, 2014

AKPK Gesa Buat Kerja Sampingan Tangani Hutang Isi Rumah

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menggesa rakyat Malaysia membuat kerja sampingan bagi membantu mereka menangani kadar hutang isi rumah yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Koid Swee Lian berkata bagi mereka yang berada dalam bidang perguruan, misalnya, boleh mengadakan kelas tambahan untuk menambah pendapatan.

"Guru boleh menambah pendapatan dengan mengadakan kelas tuisyen kepada pelajar pada sebelah petang. Dengan berbuat demikian, mereka boleh membantu pasangan mereka menangani hutang isi rumah dan kos sara hidup yang meningkat.



"Saya juga menggesa pihak yang mencari nafkah untuk keluarga berkongsi masalah kewangan mereka dengan anggota keluarga supaya mereka boleh diingatkan tidak lebih berbelanja," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang bagi pertandingan Visa Financial Football Malaysia 2014 di sini hari ini.

Hadiah utama pertandingan itu ialah kunjungan ke Piala Dunia FIFA di Brazil.

Dalam ucapannya, Koid berkata setiap orang mesti mempunyai perancangan kewangan yang baik dan turut menggesa menyimpan untuk kecemasan dan hari persaraan.

Beliau berkata AKPK menerima pelanggan yang mempunyai masalah kewangan setiap hari yang tidak mengetahui mengenai aliran tunai mereka, berbelanja lebih dan hidup di luar kemampuan mereka.

Agensi itu telah membantu orang ramai melalui Program Pengurusan Kredit dan menjangkakan untuk membantu lebih ramai lagi pada tahun ini.

"Kami berharap untuk memperoleh kira-kira 17,000 orang menyertai program kami pada tahun ini, berbanding 16,769 pada 2013," katanya, sambil menambah agensi itu akan menambah dua hingga tiga lagi cawangan pada tahun ini.


Panduan Peperiksaan Pegawai Akauntan W41


Dilaporkan pertumbuhan hutang isi rumah pada 2013 berkurangan kepada 11.7 peratus berbanding 13.5 peratus peningkatan dilihat pada 2012.

-- BERNAMA

Sunday, April 13, 2014

Latar Belakang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam



Sejarah Penubuhan latarbelakang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu.

Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:-


"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

Fungsi Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:- 1. MELANTIK 2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN 3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN 4. MENAIKKAN PANGKAT 5. MENUKAR 6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."